Unit Perhubungan dan Latihan Industri(UPLI) merupakan sebuah unit dibawah timbalan pengarah akademik yang mengendalikan kursus Latihan Industri(LI)T3410 yang membawa kredit sebanyak 10 jam kredit termasuk kursus softskills Latihan Industri yang dilaksanakan sebelum Latihan Industri(LI) berjalan.
Unit ini bertanggungjawab dalam mengurus, memohon, menempat, menyelia dan menilai kursus atau program Latihan Industri(LI) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA).
Unit Perhubungan dan Latihan Industri(UPLI) diketuai oleh seorang Ketua Unit Perhubungan, 2 Pegawai Perhubungan Latihan Industri(LI), Penyelaras Latihan Industri dan seorang Pembantu Tadbir.
Pengurusan UPLI dibantu juga oleh penyelaras-penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) akademik. Sistem pengurusan maklumat LI (ITMIS) mengendalikan pengkalan data semua pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang akan, sedang dan tamat Latihan Industri dengan menggunakan perisian visual basic dan akan mempertingkatkan penggunaannya menggunakan PHP(web database).
Aktivitinya merangkumi pembangunan sumber maklumat(staff,kakitangan,PLIJ,dan pelajar), kelengkapan pejabat dan pengkomputeran serta persekitaran yang kondusif.
Akan LI.
Sedang LI
Tamat LI